Syarikat ingin menggunakan maklumat peribadi anda hanya bagi tujuan kepentingan sah dan dengan kebenaran anda. Untuk pelanggan, penerimaan terhadap pengumpulan, pengumpulsemakan, penggunaan dan/atau pendedahan semua maklumat peribadi oleh Syarikat membentuk salah satu syarat bagi tujuan membeli dan mengakses produk dan perkhidmatan kami. Dengan membuat pembelian, anda menandakan persetujuan anda.
Untuk individu lain, Syarikat mungkin mengumpul maklumat anda semasa pendaftaran ahli dan aktiviti perniagaan. Maklumat hanya akan digunakan untuk kepentingan sah.
Kami hanya menyimpan Maklumat Peribadi selama mana yang perlu untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan bagi pengumpulannya. Kami menyimpan Maklumat Peribadi mengikut garis panduan, prosedur dan prinsip kami dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.
Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data). "Vendor" berhubung dengan Maklumat Peribadi bermaksud mana-mana orang atau entiti (selain daripada pekerja Syarikat) yang memproses Maklumat Peribadi bagi pihak Syarikat. "Pemprosesan", berhubung dengan Maklumat Peribadi bermaksud contohnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Maklumat Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi seperti pembayaran dan penghantaran atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi termasuk mengatur, menyusun, mendapatkan kembali mendedahkan Maklumat Peribadi bagi Tujuan penentusahan. Vendor akan merahsiakan Maklumat Peribadi anda, selaras dengan semua perundangan Perlindungan Data yang berkenaan dan akan memproses mana-mana Maklumat Peribadi sedemikian hanya untuk Tujuan tersebut dan menurut terma-terma yang dinyatakan di dalam ini.
Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau keperluan pihak berkuasa yang kompeten.
Di samping perkara di atas, kami boleh dari semasa ke semasa melaksanakan inisiatif khusus dengan syarikat /organisasi pihak ketiga yang dipilih dengan teliti (di luar Syarikat) untuk berkongsi peluang dengan anda. Jika kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda pada masa inisiatif itu dilaksanakan bahawa, jika anda membuat keputusan untuk memberikan sebarang Maklumat Peribadi, Maklumat Peribadi tersebut akan dikongsi dengan syarikat/organisasi terpilih tersebut dan kami hanya akan berbuat demikian sekiranya mendapat kebenaran terdahulu daripada anda.
Anda akan sentiasa diberi peluang untuk membenarkan (pilihan penyertaan) maklumat anda dikongsi selaras dengan perkara di atas, dan syarikat/organisasi terpilih akan dikenal pasti dengan cukup bagi membolehkan anda membuat keputusan termaklum. Jika anda membenarkan (pilihan penyertaan) dan seterusnya melawat laman web syarikat/organisasi tersebut, kami tidak dapat mengawal cara bagaimana mereka menggunakan atau sebaliknya memproses mana-mana Maklumat Peribadi yang diberikan oleh anda secara terus kepada mereka. Kami sentiasa menggalakkan anda agar menyemak terma dan syarat dan dasar privasi laman mereka sebelum anda memberikan apa-apa Maklumat Peribadi.
Jika anda memberi kebenaran (pilihan penyertaan) untuk menerima komunikasi ini, anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa di masa hadapan dengan menghubungi kami.
Pilihan Penyertaan:Kami tidak akan menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan yang tidak dinyatakan terlebih dahulu, melainkan kami sebelum ini telah mendapat kebenaran anda atau melainkan jika tujuan tersebut dikehendaki oleh undang-undang.Kebenaran untuk memberikan Maklumat Peribadi tidak menjadi syarat bagi kami menjual produk kepada anda, melainkan jika maklumat yang diminta diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan secara jelas dan sah.
Khususnya, kami secara amnya akan mendapatkan kebenaran terdahulu yang nyata daripada anda (pilihan penyertaan) sebelum menghantar komunikasi pemasaran kepada anda.