Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam team Bobarista dan/atau Vendor (selepas ini dirujuk) bagi Tujuan tertentu dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di sini.
Kami bertanggungjawab terhadap Data Peribadi di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data dan pihak ketiga penyedia perkhidmatan). "Vendor" dalam Dasar Privasi ini bermaksud, berhubung dengan Data Peribadi, mana-mana orang atau entiti (melainkan pekerja kami sendiri) yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami dan/atau pihak ketiga penyedia perkhidmatan kepada kami. "Pemprosesan", berhubung dengan Data Peribadi bermaksud misalnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Data Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi dan/atau menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada kami.
Kami mengambil segala langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk melindungi Data Peribadi anda sekiranya maklumat tersebut diproses oleh Vendor.
Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat diagregat yang tidak dapat mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpul melalui Laman Web ini sebagai sebahagian daripada proses organisasi kami demi mempertingkatkan kualiti Laman Web dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bobarista.